Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pandangan yang Ada Padanya Hasad dan Dengki

[Penyakit Ain itu nyata]

بسم الله الرحمٰن الرحيم  والحمدلله رب العالمين  وصلى الله على سيدنا محمد رسول الله. أما بعد


Sebelum kita mula membahaskan tentang penyakit ain, hendaklah kita meyakini bahawa Allaah Ta'ala menciptakan semua kebaikan dan semua keburukan. Dialah Allaah yang menciptakan iman dan kufur. Dialah Allaah yang menciptakan penyakit dan kesembuhan. Itu menunjukkan kepada kuasaNya yang sempurna. Setiap perkara yang berlaku di dunia ini berlaku dengan kehendakNya, pengetahuanNya dan kuasaNya yang azaliy.

Allaah menciptakan sabab dan juga musabbab. Dia Allaah menciptakan pisau dan pemotongan, api dan kebakaran, makanan dan kekenyangan. Itulah kuasaNya yang sempurna. Semuanya, Allah lah yang menciptakan.

Apakah penyakit ain?

Penyakit ain adalah apabila seorang insan melihat pada seseorang dengan pandangan yang ada padanya hasad dengki. Kebiasaannya ia berlaku apabila orang yang memandang itu mengucapkan sesuatu kalimah dengan perasaan hasad dengki pada orang atau benda yang dia lihat. Apapun itu.

Telah warid daripada hadith Nabi ﷺ bahwa baginda ﷺ bersabda : 

(العين حق) 

[رواه مسلم]

Maksud : "Penyakit ain itu adalah sesuatu perkara yang nyata."

Dan diceritakan bahwa, terdapat dua orang sahabat Rasulillaah ﷺ pergi bermusafir bersama dengan baginda ﷺ bersama dengan sahabat-sahabatnya. Salah seorang daripada mereka itu membuka pakaiannya yang menutup selain aurat untuk mandi dengan air hujan yang terkumpul di batu. Lalu temannya yang mana dia beragama Islam tatkala melihat kulit kawannya yang putih dan kecantikan badannya, dia berkata :  

"Demi Allaah, aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan tidak melihat juga kulit gadis yang masih dara yakni tidak pernah melihat seperti badan ini pada sudut kecantikan dan kemanisannya." 

Dia berkata lalu menyebabkan berlaku penyakit ain pada sahabatnya dan menyebabkan kawan itu pingsan seketika itu juga. Kemudian dikhabarkan pada Nabi ﷺ bahawa fulan dan fulan pergi kesuatu tempat lalu berlaku pada fulan dan berlaku kejadian tersebut. Rasulullaah ﷺ marah dan baginda berkata : 

(لأي شىء أحدكم يضر أخاه لماذا لم يبارك عليه)

[رواه ابن حبان)

Maksudnya : "Untuk tujuan apa salah seorang daripada kalian memudaratkan sahabatnya, mengapa tidak mendoakan keberkatan keatasnya?" yakni mengapa tidak ucap (اللهم بَارِكْ فيه ولا تَضُرّه).

Maksudnya : "Ya Allaah berkatilah padanya dan janganlah Allah memberi kemudaratan padanya."

Kemudian Rasulullaah ﷺ mendoakannya yakni melakukan ruqyah Syar'iyyah lalu kembali sembuh dan terus berdiri seakan-akan tidak ditimpa sesuatu padanya. 

Seandainya orang yang melihat badan sahabat itu tidak menyebut kalimah tersebut sudah tentu tidak berlaku perkara ini tetapi seseorang tatkala dia merasa kagum dengan kecantikan seseorang seraya berkata contohnya atau semisalnya : 

"Apakah ini, ini adalah benda yang cantik." 

Tatkala dia berkata perkataan seperti itu, Allaah ta'ala menciptakan kemudaratan pada orang yang dilihat itu. Sekiranya dia tidak mengucapkan maka tidak berlaku penyakit ini meskipun dia rasa kagum dengan perkara itu. Sekiranya dia tidak mengucapkannya, maka tidak berlaku mudarat bagi orang yang dilihat ini. Apabila seseorang yang melihat berkata : 

(اللهم بارك فيه ولا تضره)

Maksudnya : "Ya Allaah, berkatilah padanya dan janganlah diberi kemudaratan padanya." maka tidak berlaku penyakit ain ini pada orang yang dilihat ini.

Kemudian sesungguhnya dia tatkala melihat orang ini dengan pandangan hasad pada seseorang atau pada benda yang dia kaguminya dan mengucapkan perkara yang bersepakat dengan hal itu, Allaah menciptakan kemudaratan pada manusia ini, syaitan juga ketika itu perasan bahawa orang ini memandang orang itu dengan pandangan yang ada padanya hasad, lalu menyebabkan orang itu menghidap penyakit ain dan makin bertambah kemudaratan pada orang ini. 

Nabi ﷺ bersabda : 

(أكثر من يموت من أمتي بعد كتاب الله وقدره بالأنفس) 

[رواه أبو داود]

Maksudnya : "Kebanyakan manusia daripada umatku mati disebabkan menghidap penyakit ain."

Kebanyakan manusia menghidap penyakit yang membawa kepada kematian daripada umat nabi disebabkan penyakit ain yang tidak dapat diubati oleh para doktor (Penyakit Non Medis). Manusia yang awalnya sehat dapat saja dengan tiba-tiba ditimpa penyakit. Ada yang celik, kemudian buta. Asalnya tiada penyakit kemudian datang penyakit misteri angkara penyakit ain.

Cara Menangkal Penyakit Ain

Sebelum membaca lebih lanjut, harap baca lagi dari awal dan dari atas dengan seksama bahwa Segala kebaikan dan Segala Keburukan, Allah Ta'ala yang menciptakan. Oleh karena itu, berikut adalah cara untuk menangkal atau mengelakkan penyakit ini, yaitu dengan beberapa doa keberkatan contohnya : 

(اللهم بارك فيه ولا تضره)

atau 

(بسم الله ماشاء الله لا قوة إلا بالله)

atau apabila seseorang ingin melindungi anaknya dan keluarga, hendaklah dia membaca doa : 

أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّة مِن كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِن كُلِّ عَينٍ لَامَّة.

atau apabila seseorang ingin melindungi dirinya, hendaklah dia membaca doa : 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّة مِن كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِن كُلِّ عَينٍ لَامَّة.

Semoga kita dijauhkan daripada penyakit bahaya ini dan menjauhkan kita daripada sifat hasad dan dengki.

والله أعلم 

Sumber rujukan : Kitab Jami' Al-khoirot juz 2 hal 236.

Kekaguman Sumber penyakit Ain

banyak yang belum tentang penyakit Ain ini? Anda pun masih belum paham akan penyakit Ain ini? 

Sudah saya contohkan kalimat Penyakit Ain yang seperti diatas. Dan masih banyak lagi kata kata kekaguman yang lain yang mendatangkan penyakit Ain kepada orang lain. Oleh karena itu, agar tidak mendatangkan Penyakit Ain atau kemadharatan kepada orang lain atau sesuatu yang dilihatnya, maka biasakan berucap:

ماشاء الله

Maa Syaa Allaah... 

inilah adalah penangkal sekaligus penghalang daripada penyakit Ain yang tanpa kita sadari dari kata-kata kekaguman terhadap seseorang atau sesuatu. 

Posting Komentar untuk "Pandangan yang Ada Padanya Hasad dan Dengki"