Inilah Keadaan Ruh Setelah dikuburkan
Keadaan rūḥ si Orang yang meninggal Dunia
بسم الله الرحمٰن الرحيم الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Banyak yang salah kaprah tentang masalah ruh yang beredar di masyarakat. Salah satunya adalah syiiran setiap malam jumat, dan yang terbaru ini ada istilah ismu ruh... Sudah salah, tapi banyak juga pengikutnya.
Lalu bagaimana sebenarnya kata para ulama tentang ruh ini? Setiap keadaan rūḥ-rūḥ orang yang meninggal dunia ini akan kita bahas dengan rujukan kitab Syaikh Abdullah Al Harory yang bernama kitab Jami' Al-khoirot Juz 2.
Kata Asy-syaikh 'Abdullāh Al-haroriy رحمه الله رحمة واسعة :
"Orang-orang kafir tatkala mereka mati, Malaikat azab akan mengambil rūḥ-rūḥ mereka dan dinaikkan dengannya ke ruang angkasa. (Kata Asy-syaikh Dr. Toriq Al-lahham حفظه الله : "Keluar daripada rūḥ mereka orang kafir adalah bau yang sangat busuk.")
Para Malaikat yang berada diantara bumi dan langit mereka mempunyai banyak kumpulan bukan satu kumpulan saja. Mereka berkata pada mereka (rūḥ-rūḥ orang kafir) :"Apakah rūḥ yang buruk ini??." Dikatakan pada mereka : "Ini fulan bin fulan."
Dikatakan pada mereka :
"Jatuhkanlah mereka ini."
Kemudian mereka turun dengannya melalui pintu bumi ini. Bumi mempunyai pintu-pintu yang diciptakan oleh Allāh ta'ālā pada hari Allāh menciptakan langit-langit dan bumi. (Kata Asy-syaikh Dr. Tōriq Al-laḥḥam حفظه الله : "Tatkala sampai rūḥnya ke tempat yang hampir ke langit, dijatuhkan ruh dia sehingga sampai ke Sijjin yang berada dibumi yang ketujuh.")
Mereka menurunkan rūḥ ini melalui pintu ini hingga ke bumi yang ketujuh ke tempat yang dinamakan Sijjin supaya di catat namanya disana kemudian dikembalikan ke bumi ini (bumi pertama).
(Kata Asy-syaikh Dr. Tōriq Al-laḥḥam حفظه الله : "Adapun orang-orang mukmin dicatat namanya di Al-'illiyyin di langit ke tujuh")
Tatkala dikebumikan jasad didalam kubur, rūḥ orang kafir kembali ke jasadnya ini. Kemudian tidak berpisah daripadanya sehinggalah hancur jasadnya yakni sehingga dimakan oleh tanah jasadnya. Berlaku kegelisahan yang bersangatan didalam kuburnya, gelap, sempit, dihimpit kubur, didatangi ular-ular kepadanya bukan ular-ular yang kita kenal didunia. Terdapat ular-ular yang Allāh ta'ālā ciptakan untuk mengazab orang-orang kafir didalam kubur-kubur mereka.Kemudian setiap hari sebelum waktu dhuhr sekali pada awal pagi dan akhir petang (setelah waktu 'Asr) sekali dipamerkan kepadanya tempatnya yang akan dia dudukinya di dalam neraka pada hari Qiamat. Berkata padanya Malaikat ditugaskan dengannya daripada kalangan Malaikat azab :
"Ini adalah tempat kamu yang setelah dibangkitkan pada hari Qiamat."
Dengan melihat tempatnya kelak di hari kiamat, datang perasaan sempit, ketakukan dan kegelisahan yang amat sangat. Mereka merasakan kegelisahan yang luar biasa tatkala dia melihat pada awal pagi dan akhir petang kepada jahannam yang ia berada dibawah bumi yang ketujuh, dibawah tempat yang dicatat padanya nama-nama mereka.
Kemudian kata Asy-syaikh رحمه الله : Setelah jasadnya dimakan tanah, rūḥnya dipindahkan ke Sijjin, ke bumi yang ketujuh, ke tempat yang dicatat padanya namanya. Kekal disana dengan kegelisahan yang lebih dari sebelumnya. Dia menjadi lebih dekat dengan jahannam. Dia tidak masuk kedalam jahannam bahkan menjadi dekat dengan Neraka Jahannam. Jahannam berada dibawahnya sehingga hari Qiamat.
Kemudian pada hari Qiamat, Allāh mengembalikan jasad yang telah dimakan tanah, dan dikembalikan rūḥ ini kepada jasadnya, kepada jasadnya seperti sedia kala, kemudian dihimpunkan dan dibangkitkan, kemudian dibongkarkan disana di tempat perhimpunan manusia pada hari Qiamat kemudian dihantar ke Neraka Jahannam.
Adapun orang Islam yang bertaqwa yang mana dia melaksanakan semua perkara yang Allāh wajibkan dan menjauhkan segala perkara yang diharamkan oleh Allāh keatasnya, orang ini sebelum dia mati, sebelum keluar rūḥnya, datang kepadanya Malaikat roḥmah yang bentuknya bukan seperti bentuk Malaikat azab.
Malaikat azab, Allāh ta'ālā menciptakan mereka dengan warna yang sangat hitam, rupa bentuknya sangat menakutkan, mereka ini untuk orang-orang kafir.
Adapun Malaikat roḥmah warnanya putih, wajah-wajah mereka bercahaya seperti matahari, mereka datang kepada orang Islam yang bertaqwa, tatkala orang Islam yang bertaqwa melihat mereka ketika sakarot al-maut, dia berasa gembira walaupun sedang mengalami sakit disebabkan kematian tetapi dengan melihat mereka, datang kegembiraan padanya walau perit kematian melanda.
Kata Asy-syaikh رضي الله عنه : Kemudian Malaikat 'Azrōīl datang lalu memberinya berita gembira. Setelah dicabut roh ini oleh Malaikat 'Azrōīl, Malaikat roḥmah mengambil mereka dan menaikkannya ke langit-langit. (Kata Asy-syaikh Dr. Tōriq Al-laḥḥam حفظه الله : "Keluar daripada rūḥnya bau yang wangi.") Pada setiap langit, dia disambut oleh para Malaikat sehingga ke langit yang seterusnya yang berada diatasnya. Dia melihat sifat dimuliakan ini dan pengagungan ini buatnya, datang kepadanya kegembiraan yang besar dan begitu juga kelangit yang ketujuh.
Kemudian diarahkan mereka untuk mengembalikannya ke bumi lalu mereka mengembalikannya ke bumi langsung masuk kedalam kubur setelah mana dikebumikan jasad didalam kubur. Masuk kedalam kubur rūḥ ini maka kembalilah rūḥ ke jasadnya, diluaskan kuburnya, dikurniakan cahaya baginya seperti cahaya bulan purnama, dipenuhi dengan bauan Syurga tetapi ia terhalang (daripada ramai manusia) melainkan padanya dan pada sebahagian hamba-hamba Allāh yang soleh.Seandainya dibongkar kubur orang-orang mukmin yang bertaqwa oleh manusia biasa, mereka tidak nampak perluasan kubur ini. Allāh menghalangi daripada pandangan mereka, mereka tidak melihat perluasan ini, tidak melihat cahaya yang memenuhi kubur ini dan tidak hirup bauan syurga itu. Mereka dihalangi atau terhalang melainkan pada sebahagian hamba-hamba Allāh yang soleh. Allāh yang menampakkannya.
Kemudian Asy-syaikh رضي الله عنه kata : Setelah dimamah oleh tanah jasadnya (yakni selain jasad para Nabiy), kembali rūḥ ini ke Syurga. Dia masuk ke dalam Syurga tetapi tidak dia mengambil tempat yang dikhususkan untuknya oleh Allāh ta'ālā untuk dia tinggal didalamnya di hari Qiamat. Di akhirat, dia mengambilnya tempat tinggal tetapi sekarang ini, pada tempoh ini baginya tempat untuk rūḥ-rūḥ orang mukmin pergi kesitu. Bagi mereka tempat di Syurga, mereka makan daripada buah-buahan Syurga iaitu rūḥ-rūḥ ini makan dan keadaan rūḥ itu dalam bentuk seekor burung sehingga datangnya hari Qiamat. Pada hari Qiamat, Allāh mengembalikan jasad-jasad mereka yang telah dimamah tanah. Kata Asy-syaikh Dr. Tōriq Al-laḥḥam حفظه الله : "Adapun orang-orang berdosa, rūḥ-rūḥ mereka berada diantara langit dan bumi, manakala sebahagiannya berada dilangit yang pertama."
Kata Asy-syaikh رضي الله عنه : Kemudian dibelah kubur-kubur mereka, lalu mereka keluar dari kubur-kubur. Setelah itu, diberi balasan atas amalan-amalan mereka. Mereka tidak mendapat sebarang ketakutan yakni perkara-perkara yang mencemaskan pada hari Qiamat. Tidak ditimpa panas matahari yang menyakiti mereka pada hari Qiamat. Tidak berasa lapar dan dahaga bahkan mereka makan sebelum mereka masuk kedalam Syurga, mereka minum, mereka berpakaian, mereka tidak dihimpunkan oleh Allāh seperti selain mereka daripada kalangan manusia yang tidak menutupi kakinya dan tidak berpakaian bahkan dihimpunkan sambil menunggang tunggangan, tidak berjalan dengan menggunakan badan-badan mereka bahkan didatangi unta betina yang tidak pernah dilihat sepertinya yang diatasnya terdapat pelana yang dibuat daripada emas. Kemudian mereka masuk kedalam Syurga, berlaku padanya mereka ni'mat yang lebih besar.
Semoga Allāh menjadikan kita daripada golongan yang orang-orang bertaqwa. آمين
والله أعلم
Sumber rujukan : Kitab Jami' Al-khoirot juz 2 hal: 301-304.
Posting Komentar untuk "Inilah Keadaan Ruh Setelah dikuburkan"