Rambut Rasulillah ﷺ Dan Bertabrruk Denganya
Rambut Rasulillah ﷺ Dan Bertabrruk Denganya
Telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada hadith Anas. Dalam lafaz riwayat Muslim, Anas berkata mafhumnya:
“Tatkala selesai melontar Jamrah dan menyembelih korbannya, Rasulullah mencukur rambut baginda. Baginda menghulurkan bahagian kanan rambutnya kepada pencukur untuk mencukurnya, kemudian baginda memanggil Abu Talhah al-Ansari dan meyerahkan kepada beliau rambut tersebut. Kemudian Rasulullah menghulurkan bahagian kiri rambut baginda kepada pencukur, seraya baginda berkata: “Cukurlah!”. Maka pencukur mencukur bahagian tersebut lalu baginda menyerahkannya kepada Abu Talhah seraya berkata: “Bahagi-bahagikanlah rambut ini di kalangan orang ramai”.
Dalam riwayat Muslim juga ada dinyatakan:
“Maka baginda telah mulai [dicukur] dari bahagian kanan dan membahagi-bahagikan sehelai dua helai rambut tersebut di kalangan orang ramai. Kemudian baginda berkata: “Bahagian kiri”, lalu melakukan perkara yang sama [iaitu rambut yang mulia itu juga dibahagi-bahagikan di kalangan orang ramai]. Kemudian Rasulullah berkata kepada Abu Talhah: “Di sini Abu Talhah!”, kemudian baginda menyerahkan rambut baginda kepada Abu Talhah”.
Dalam riwayat lain oleh Muslim juga ada dinyatakan:
“Sesungguhnya Rasulullah berkata kepada pencukur: “Di sini!”, sambil memberi isyarat kepada bahagian kanannya, kemudian baginda membahagi-bahagikan rambut baginda kepada manusia yang berada berdekatan dengan baginda. Setelah itu, baginda kembali memberi isyarat kepada pencukur kepada bahagian kirinya, setelah dicukur baginda menyerahkannya kepada Ummu Sulaim”.
Pada hadith ini terdapat penjelasan bahawa Rasulullah sendiri yang membahagikan sebahagian daripada rambut baginda di antara manusia yang berdekatan dengan baginda dan menyerahkan sebahagian yang lainnya kepada Abu Thalhah untuk diagihkan kepada orang lain dan baginda memberikan sebahagian yang lain kepada Ummu Sulaim.
Dalam hadith ini mengandungi penjelasan tentang amalan mengambil barakah dengan peninggalan-peninggalan Rasulillah ﷺ
سلام بواتمو... دوهاي رسول الله ﷺ
مولاي صل وسلم دائما أبدا... على حبيبك خير الخلق كلهم
Posting Komentar untuk "Rambut Rasulillah ﷺ Dan Bertabrruk Denganya"